CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 18 April 2013

Info Selsema~~


~~copied from a post on facebook.. very informative..

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:

Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema tidak membantu bayi anda merawat selsema dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Elakkan pengambilan gula ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)

Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. BAWANG PUTIH :
Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (Rujuk photo penawar semulajadi cara membuat minyak bawang putih).

3. GARLIC SOCKS :
Juga boleh gunakan petua Garlic socks :
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

4. KUNYIT
Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

5. PENAWAR LAIN MELALUI CARA MENGENAL KAHAK:
Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)
Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu,buah delima atau habbatussauda.
Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

TEKNIK RAWATAN:

1. STEAM dan PERCUSSION.

Kedua-dua teknik ini paling penting untuk anda lakukan untuk melonggarkan paru-paru dan mengeluarkan kahak. Susah atau senang, anda perlu cuba lakukan secara rutin paling kurang 2 kali sehari. Teknik ini juga mengambil masa untuk pesakit sembuh kerana tidak menggunakan ubatan yang mengandungi dadah. Fungsi teknik ini sama dengan fungsi salbutalmol.

Cara rujuk : http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html?m=1
*jika sukar, boleh pasang shower water heater dalam toilet, penuhkan toilet dgn wap , bawa masuk anak bila wap sudah banyak. Biarkan beberapa minit anak di dalam toilet (dudukkan dia dalam besen mandian bersama mainan nya supaya anak diam)
*jika susah juga, ambil tutup periuk nasi yg baru masak, wapkan ke muka anak dgn cara selubungkan kepala dgn tuala (buka muka sikitlah)
Semua cara ini, biarkan saja jika anak menangis, itu sangat bagus membantu melonggarkan paru-parunya.

Terapi untuk yang lebih dewasa boleh rujuk :
http://www.cff.org/UploadedFiles/treatments/Therapies/Respiratory/PosturalDrainage/An-Introduction-to-Postural-Drainage-and-Pecussion-03-2012.pdf

2. NETI POT:

Atau cara lain ialah dengan cara mengeluarkan hingus menggunakan Neti Pot rujukhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043164688797&set=oa.245724245556461&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-d.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F311183_10152043164688797_702197850_n.jpg&size=350%2C270

Boleh juga masukkan air ke dalam hidung kemudian hembuskan keluar kembali seperti cara sunat berwuduk. Air akan keluar bersama hingus dan bakteria juga.

Info natural remedies lain : http://www.nourishingmeals.com/2012/11/natural-home-remedies-for-cold-and-flu.html?m=1

ALAHAN:

Kahak yang melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).
Sumber: http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/lendir-degil-di-dalam-tekak/

Jika anak sering selsema pada waktu pagi, ia disebabkan alah pada suhu sejuk pagi atau habuk di permukaan tilam atau sekelilingnya (alergi). Selsema juga boleh berlaku jika elergi pada makanan yang di makan this is more to resdung or sinus. Jadi anda perlu elakkan anak anda daripada masalah ini.

muka protes x nak duk dlm stroller sbb xleh golek2..hehe~

notamamaeeda :

Alhamdulillah Amna Mu'izzah setakat ni..(6 bulan lebih) tak pernah lagi demam..tapi dah pernah batuk dan selsema..tapi ALHAMDULILLAH..baik sendiri..mama biar je..penah gak letak kunyit atas hidung..mmg x pergi klinik or mkn ubat..bila batuk tu bunyi mcm teruk sgt..sib baik la baik dlm 2,3 hari..cuma Amna ni kulit agak sensitif sikit...ikut mama la tu..

kakak Naurah Nabilah pulak ALHAMDULILLAH dah lebih setahun kot tak gi klinik or mkn ubat...kalau demam pun x lama..cuma 1 mlm atau sehari..muntah2 tu standard la bile demam..(anak papa kan..hehe)..kakak pun mcm adik jugak..batuk n selsema tak lama..plg lama pun 3,4 hari..

ALHAMDULILLAH..anak2 mama diberi kesihatan dan imun yang baik...semuanya dgn kuasa ALLAH...

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..

semoga terus membesar dgn sihat dan kuat..jadi anak solehah..dan dpt berbakti kpd ibubapa, agama, bangsa dan negara..amin..

No comments:

Post a Comment