CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 26 March 2012

2 Hari Ber'Advanced Engineering Mathematics'..~~

Weekend lepas merupakan minggu ke 2 mama attend class master pesisir..1st week was 2 weeks ago on Research Methodology n we had no class last week (yeyyy dpt blk kampung!!) ..masa klas research tu santai je..lecturer byk bercerita n class started at 9.30am untill 12.30pm je..huhu..padahal patutnye dari 8.30pg-10mlm on friday n 8.30-6ptg on saturday..huhu..santai habes..

Tapi kali ni...T_T it's Advanced Engineering Mathematics..love it so much when it comes to math..tapi bila terlalu byk yang nak disampaikan dlm masa yang singkat..huhhhhh...x terkejar rasenye..

Our lecturer Dr Kavikumar (Indian from India) started the class at 9.30am..wah cara dia speaking betul2 rase mcm mengimbau kenangan silam kat UIA dulu..huhu biase la foreign lecturer nyer slang kan..hehe..sonok gak dah lama x blaja math..start ngan Non-Linear Equation..huhu..lame beno dah tinggal semua ni..tu yang hegeh2 sket nak catch up..lecturer pulak kejar masa..lajuuuuuuu je...sudahnye break tghari tu (smyg jumaat) rase cam nak pengsan je..penat sangat..sib baik la pagi tu mama dengan gigihnye dah masak nasi lemak n sambal udang dengan byk so that xyah masak utk lunch..

from my view~

Sambung petang pulak..dah masuk next chapter..System of Linear Equation..of coz la more challenging..lengthy calculation..huhu..non-stop..sampai la kul 6pm...T_T longlai satu badan..otak letih..badan pun letih...@-@
balik umah rase lapar yang amat..abiskan la nasi lemak yg seciput je lagi tu..pas maghrib papa ajak kuar makan..sate batu pahat again..n mama mkn bihun sup again..perut dah kenyang..badan pun dah letih..lepas makan papa suruh tidurkan Naurah dlm bilik...ape lagi..mama pun hanyut sekali..huhu..kul 11 baru bangun solat isyak..

it's almost 6pm..Dr Kavi masih semangat..~

Hari Sabtu pulak start chapter 4: Interpolation... 4 hours non stop class..really non stop..huhu..(heran btul mama ngan Dr Kavi ni x penat ke..x duduk langsung..x stop langsung menulis mengira...mama ngaja 1 jam pun lenguh abes 1 badan..kekeke) akhirnya pukul 1 habis jugak klas..tapi banyakkkkk sangat kena buat revision ni..sib baik xde assignment..Dr Kavi said " I don't believe in assignment". huhu...yes sir,I dont believe in assignment too...yela mesti copy je lebih kan..
matrix again..


Finally berakhir jugak 2 hari yang memenatkan..letih jugak 7 hari tanpa rehat..anak lagi..suami lagi..keje lagi..tanaman lagi..aik tanaman pun masuk???huhu...kesian mama tengok budak comey Naurah Nabilah macam fobia kena tinggal..(sama macam masa mama kursus CPCM dulu) sebab kejap ada kejap xde..bila mama balik je Naurah langsung xnak berenggang dengan mama...mama nak baring sikit pun dia marah..langsung xleh hilang dari pandangan dia..asik nak berdukung..beriba..manja benar dia sekarang..asik nak menangis kuat2..tgh tido malam2 pun ngamuk..
kesian kat papa gak kena jaga Naurah sorang2..xleh kuar mane2..dah la mama asik marah2 bile penat..huhu..sian papa kene bersabar dengan mama yang penat+pregnant ni..hangin x menentu..lagi2 kalo lapar..kekekeke~~ i luv u so much darling..muaahhhh..thanks so much..!!

Biasa la..nak berjaya bukan senang..banyak yang perlu dikorbankan dan banyak yang perlu berkorban..moga Allah sentiasa permudahkan jalan mama dalam menuntut ilmu...amin..~~NO PAIN NO GAIN~~

CHAYYOKK MAMAEEDA!!!

Sunday 18 March 2012

Khasiat Kurma, kismis & Madu~

Tadi berblogwalking dan jumpa macam2 yang best..so mama rase nak share info yang best n sgt berguna yang mama baca kat blog org..huhu~

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".




Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".



Wallahu a'lam.


nota mamaeeda: minggu ni bz dgn audit..bkn jd auditor @ auditee pun..jadi runner je..tp bese la diorg ni liat btul nak buat FRP..huhu sabo jela..~~

Thursday 15 March 2012

New Look..~

Sempena pertambahan umur mama..(alamak makin tua T_T) blog pun dah dapat wajah baru..comey x? comey x?hehehe..

Alhamdulillah..12 Mac 2012 yang lalu genap la umur mama 28 tahun..but still rase mcm 25 tahun..hehehe~~Syukur tak terhingga pada ALLAH kerana masih lagi memberi peluang untuk mama hidup di dunia yang fana ni..banyak sungguh nikmat yang Allah berikan sepanjang hidup mama..SYUKURRRR sangat..moga pertambahan usia ni menjadikan mama lebih matang, lebih sabar menjalani hidup, lebih ceria dan lebih dekat dengan Pencipta..amin..


nota mamaeeda: terima kasih yang tak terhingga kepada yang wish bithday mama haritu..terima kasih atas ingatan kalian..dan semoga semua doa2 kita dimakbulkan Allah..~~

Tuesday 6 March 2012

SEKALI LAGI..~

ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...


Syukur tak terhingga padaNya atas kurniaan yang tak terhingga..~


SEKALI LAGI..mama akan bergelar seorang mahasiswa..Syukur pada Allah..mama dan kawan2 selamat mendaftar sebagai pelajar Sarjana Kejuruteraan Elektrik di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk program master pesisir pada 2 Mac 2012..


back to school..

memang tak sangka akan bergelar mahasiswa sekali lagi..tapi bila peluang dah ada depan mata,kena la grab terus..walaupun dah pasti byk kekangan yang bakal dihadapi..yuran pun xtau nak korek mane lagi..huhu..~menjadi mahasiswa kali ni pastinya berbeza dgn yang sebelumnya..dulu tiada kerjaya..tiada suami..tiada anak..dan tiada anak dalam kandungan..tapi dengan sokongan papa dan rakan2..insyaAllah mama akan harungi cabaran dengan penuh keyakinan..(pehhh..semangat gilerr..hehe) . Menjadi pelajar di hujung minggu bermakna mama dah kurang masa bersama keluarga dan tak boleh balik kampung selalu macam dulu..T_T
mama anggap tu semua pengorbanan yang perlu untuk sebuah kejayaan...Moga Allah terus memberi mama kekuatan dan semangat dalam usaha menuntut ilmuNya..amin..


Syukur juga pada Allah..SEKALI LAGI mama akan mengharungi fasa2 yang membahagiakan dalam hidup iaitu mengandungkan anak ke 2..ALHAMDULILLAH..~ on papa's birthday, 6/2/2012 yg lepas mama dah buat UPT dan alhamdulillah it's positive..maknanya Naurah akan dapat adik!! tapi setiap setiap kali mama n papa tanya " Naurah nak adik?" mesti Naurah menggeleng dengan penuh semangat..huhu~~
harap2 pregnancy kali ni dipermudahkan sampai la bersalin pun dipermudahkan..so far just loya2 sikit2 je..but badan naik sangat la drastik..huhu..kain sume dah ketat walaupun  baru 2 bulan..abes la mama camni...T_T

semoga adik yg dlm perut mama ni sama comel n bijak macam kakaknya..~