CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 21 April 2011

mau bercuti...lalalala~

Hari ni..Hari terakhir keje sebelum bercuti selama 10 hari..bestnyeeee x sabar..huhu..~Tapi sebelum bercuti kena la settle kan keje2 yg mane kene settlekan..Alhamdulillah, FRP dah selamat dibungkus dalam fail putih dan dah letak dalam bilik perbincangan. Pagi tadi kali terakhir invigilate final exam utk sem ni..tu jela..huhu~~

InsyaAllah perjalanan lepas ni..Dungun-->Kuantan-->Melaka-->Perlis-->Langkawi..

Till next time..x sabarnye nak sampai ke pulau lagenda mahsuri..PULAU LANGKAWI..~~

nota mamaeeda: baru kul 2.45pm..nak gi amik Naurah kat school..bawak ke opis..ade org x puas jumpa Naurah semalam..Naurah dah dapat nama glemer baru : Mek Lentok..hahaha~~

Tuesday 19 April 2011

Doa Amalan Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi~

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun... 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....


**copied a post from Wirdahayu Ismail @KIM

Monday 18 April 2011

Berhujung Minggu~~

Lama benar rasanya kami ~~mama+papa+naurah~~ tak berhujung minggu di rumah kami di Balai Besar ni. Tiap2 minggu balik kampung. Letih gak sebenarnya..tapi nak wat cane..ada je keje yg menuntut kami utk pulang..kdg2 sbb nak shopping jek..hehe~

Alhamdulillah..weekend baru dpt la kami sekeluarga berehat dan berhujung minggu di Dungun. Memang x ke mana..juz kuar sekitar Dungun je..gi pasar..tapi x beli pape pun..gi nirwana beli barang dapur..masak utk anak dan suami..ptg Jumaat golek2 dpn tv..tapi kejap je dpt :( sambil2 tu sapu2 rumah yg dh berbulan x sapu..huhu..lap2 habuk yg dh tebal 2inci kat coffee table n rak tv..huhu..my DH pun nampak semangat angkat carpet n basuh+jemur toto n comforter..kebetulan pulak ptg tu dtg lori jual kerusi+meja batu (xtau nama die ape sbnrnye..) utk lepak2 kat halaman rumah. Dah lame my DH nak sangat mende tu..so walaupun ekonomi agak meleset, ku setuju la jugak beli..not bad RM150..x pe la asalkan suami gembira..kami pun gembira..hehe~ so ptg tu dpt la lepak2 kat luar rumah..malangnya jiran2 semua balik kampung..so kami ber3 jela rasmikan kerusi+meja baru..hehe..~

~papa+naurah yg ceria~

~mama+naurah..mama terlebih sengih..~

Hari sabtu lak kami breakfast dgn nasi minyak dan nasi dagang yg my DH beli kat stall dekat ngan rumah kami..lega x yah masak..kekeke..then tengahari sket kami keluar ke Bandar Dungun..tujuan utama nak ambil CF rumah kami yg baru dapat..pastu papa dgn penuh semangatnya ajak gi cari racun rumput kat Kuala Dungun..dapat jugak akhirnye..then patah balik..singgah kat nursery..konon nak carik pokok buah2an..nak bercucuk tanam la kunun..hehe~since buah pokok mempelam epal yg kami cari xde stok,so mama beli pokok limau kasturi dgn pasu skali..survey2 jugak rumput carpet..nanti dah setel racun n cabut rumput yg meninggi tu,leh la tanam rumput carpet lak..~

~~seronoknya kalau selalu dapat berhujung minggu kat rumah sendiri..byk yg dapat disettlekan..harap2 pasni dpt la lebih kerap hujung minggu di Dungun..

nota mamaeeda: next 2 weekends kami xde kat Dungun..this weekend ke Melaka n terus ke Langkawi..huhu can't wait...

Thursday 14 April 2011

Di sini bermula..~~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...tanggal 14/04/2011 bermula la sebuah blog yang bakal mengabadikan kisah perjalanan hidup seorang insan..cewahh..cam skema ayat..hehe~
sebenarnya dah lama berangan nak ade blog sendiri..asik baca blog org je..alhamdulillah hari tercipta sudah mamaeeda.blogspot.com..harap2 pasni rajin la update..hehe..

till next time..~~ilalliqa'...

nota mamaeeda: hari ni Naurah Nabilah genap 7 bulan...muaahhh syg naurah!!!