CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 17 September 2013

Episod Baru~

Bismillah...

Hari ini.. 17 Sept 2013..
Bermula episod baru dalam hidup kami sekeluarga..
Papa dah mula kerja di Kuantan..meninggalkan kami bertiga di Dungun..
Betapa pun mama tak inginkan ia terjadi..mama tau Allah pasti menetapkan yang terbaik buat kami..
Sedih..mmg sedih..mama pun tak pasti mama mampu hadapi ataupun tak..
All this while..sama2 jaga anak..sama2 buat house chores..
tapi lepas ni semua kena buat sendiri..weekend pun tak sama..T_T

Dulu..mama memang menentang sekeras2nya kalau papa kata nak cari kerja di Kuantan @ Pekan. Papa pergi interview pun mama nangis2 tak bagi. Mama tahu, sekali papa dah berhenti kerja di Dungun ni, pasti tiada turning back..maknanya mama yang nanti akan ikut papa bertukar. Tapi bila papa selalu cerita betapa tak gembiranya dia dengan kerja di Nadiah&Associates tu, mama akhirnya mengalah. Mama akhirnya memujuk hati untuk bersedia..bersedia ditinggalkan..bersedia hidup sendiri bersama anak2..bersedia basuh pinggan sendiri..bersedia jemur baju dan siapkan anak2 ke taska sendiri..bersedia tutup gate sendiri...bersedia hadapi kerenah anak2 sendiri..

Sekarang..Alhamdulillah mama dah boleh terima..cuma nak hadapi tu tak tahu la mampu atau tidak lagi. Rasanya just hadapi je..kalau susah, InsyaAllah Allah akan permudahkan. Kalau buntu Allah akan tunjukkan jalan. Moga tabahlah hati mama. Moga behave la anak2 mama..

Semoga Allah permudahkan jalan kami..Semoga perpisahan ini menguatkan kasih sayang kami..Semoga ujian ini mendekatkan kami kepadaNya..

Buah hati mama & papa


notamamaeeda: banyak impian dan angan2 mama dah musnah..nampaknya kena membina impian baru la..hukhukhuk..~~

Thursday 12 September 2013

11 Bulan..

kesayangan mama,papa dan kakak

Alhamdulillah..hari ni 12 Sept 2013 genap 11 bulan anakanda ke-2 kami..Amna Mu'izzah..approaching 1 year in a month..huhuu~~

Anak ke2...memang selalu dikatakan 'lain mcm' sikit..even dulu masa mama kene jadi interviewer, boss siap pesan jgn ambil orang yang anak ke-2..ridiculous kan..(boss tu memang gile pun..) 

Amna Mu'izzah ni kalau nak dibandingkan dengan kakak Naurah Nabilah, Amna agak lebih 'keaktifan'nya..kira advance lebih sikit la..masa 4 bulan lebih dia dah leh golek2 masuk bawah meja..kakak dulu 8 bulan baru masuk bawah meja..hehe~

7-8 bulan Amna dah start panjat2..sekarang ni kejenye asik nak berdiri je..pastu tak reti nak duduk sendiri..huhu..mula la menjerit2 mintak orang tolong die..kekeke~~tapi sampai sekarang belum boleh berdiri sendiri..

Sekarang Amna dan Naurah dah pandai main sama2..suka mama tengok time diorang berdua duk bergalok tu..hehe..tapi kadang-kadang kakak tu unexpected sket..dah 2x adik kena gigit dgn kakak tak pasal2..cian adik..

Macam kakak jugak..11 bulan Amna belum ada gigi..(selamattt mama tak kena gigit..hehe) takpe la kan..lambat tumbuh gigi, lambat jugak rosak gigi..

Alhamdulillah 11 bulan menjaga Amna Mu'izzah tak banyak cabaran hebat yang mama hadapi..Amna tak pernah demam yang serius..cuma badan panas beberapa jam je..ada la sekali dua..yang lain cuma batuk2 dan selsema..tu pun mama n papa just bagi natural remedy je..xde bagi ubat-ubatan yang penuh drug n chemical tu..cuma Amna ni kulit agak sensitif..kat belakang kepala dia ada setompok kudis yang kadang-kadang ok,kadang2 tak..harap2 cepat la sembuh...hari-hari mama berdoa..~~

Alhamdulillah..seronok melayan kerenah anak2..kadang-kadang memang menguji kesabaran jugak..tapi mama selalu berdoa agar diberi kesabaran menghadapinya..mereka amanah Tuhan yang perlu dijaga sebaiknya..kehadiran mereka anugerah terindah dari Ilahi.....


notamamaeeda: lagi 2 hari genap 3 tahun puteri sulung Naurah Nabilah...dah besar anak mama n papa..~~

Wednesday 4 September 2013

Aidilfitri 2013~

Bismillah...

Hari ni dah 28 syawal..tapi takpe...nak tunjuk jugak gambar raya..hehe~~







Monday 13 May 2013

Buah hatiku..~



...Papa..Amna..Naurah..




Musnahkan Kanser dgn Ayat Quran

Bismillah..

lama mama tak mengarang..asik copy mengopi je..huhu~
kali ni nak mengopi jugak..tak pasti kesahihannya..tapi boleh juga sebagai usaha alternatif kan..Ayat Quran semuanya..yang penting ada keyakinan dalam mengamalkannya...


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya


Wallahu a'lam..

Thursday 18 April 2013

Info Selsema~~


~~copied from a post on facebook.. very informative..

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:

Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema tidak membantu bayi anda merawat selsema dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Elakkan pengambilan gula ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)

Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. BAWANG PUTIH :
Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (Rujuk photo penawar semulajadi cara membuat minyak bawang putih).

3. GARLIC SOCKS :
Juga boleh gunakan petua Garlic socks :
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

4. KUNYIT
Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

5. PENAWAR LAIN MELALUI CARA MENGENAL KAHAK:
Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)
Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu,buah delima atau habbatussauda.
Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

TEKNIK RAWATAN:

1. STEAM dan PERCUSSION.

Kedua-dua teknik ini paling penting untuk anda lakukan untuk melonggarkan paru-paru dan mengeluarkan kahak. Susah atau senang, anda perlu cuba lakukan secara rutin paling kurang 2 kali sehari. Teknik ini juga mengambil masa untuk pesakit sembuh kerana tidak menggunakan ubatan yang mengandungi dadah. Fungsi teknik ini sama dengan fungsi salbutalmol.

Cara rujuk : http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html?m=1
*jika sukar, boleh pasang shower water heater dalam toilet, penuhkan toilet dgn wap , bawa masuk anak bila wap sudah banyak. Biarkan beberapa minit anak di dalam toilet (dudukkan dia dalam besen mandian bersama mainan nya supaya anak diam)
*jika susah juga, ambil tutup periuk nasi yg baru masak, wapkan ke muka anak dgn cara selubungkan kepala dgn tuala (buka muka sikitlah)
Semua cara ini, biarkan saja jika anak menangis, itu sangat bagus membantu melonggarkan paru-parunya.

Terapi untuk yang lebih dewasa boleh rujuk :
http://www.cff.org/UploadedFiles/treatments/Therapies/Respiratory/PosturalDrainage/An-Introduction-to-Postural-Drainage-and-Pecussion-03-2012.pdf

2. NETI POT:

Atau cara lain ialah dengan cara mengeluarkan hingus menggunakan Neti Pot rujukhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043164688797&set=oa.245724245556461&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-d.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F311183_10152043164688797_702197850_n.jpg&size=350%2C270

Boleh juga masukkan air ke dalam hidung kemudian hembuskan keluar kembali seperti cara sunat berwuduk. Air akan keluar bersama hingus dan bakteria juga.

Info natural remedies lain : http://www.nourishingmeals.com/2012/11/natural-home-remedies-for-cold-and-flu.html?m=1

ALAHAN:

Kahak yang melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).
Sumber: http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/lendir-degil-di-dalam-tekak/

Jika anak sering selsema pada waktu pagi, ia disebabkan alah pada suhu sejuk pagi atau habuk di permukaan tilam atau sekelilingnya (alergi). Selsema juga boleh berlaku jika elergi pada makanan yang di makan this is more to resdung or sinus. Jadi anda perlu elakkan anak anda daripada masalah ini.

muka protes x nak duk dlm stroller sbb xleh golek2..hehe~

notamamaeeda :

Alhamdulillah Amna Mu'izzah setakat ni..(6 bulan lebih) tak pernah lagi demam..tapi dah pernah batuk dan selsema..tapi ALHAMDULILLAH..baik sendiri..mama biar je..penah gak letak kunyit atas hidung..mmg x pergi klinik or mkn ubat..bila batuk tu bunyi mcm teruk sgt..sib baik la baik dlm 2,3 hari..cuma Amna ni kulit agak sensitif sikit...ikut mama la tu..

kakak Naurah Nabilah pulak ALHAMDULILLAH dah lebih setahun kot tak gi klinik or mkn ubat...kalau demam pun x lama..cuma 1 mlm atau sehari..muntah2 tu standard la bile demam..(anak papa kan..hehe)..kakak pun mcm adik jugak..batuk n selsema tak lama..plg lama pun 3,4 hari..

ALHAMDULILLAH..anak2 mama diberi kesihatan dan imun yang baik...semuanya dgn kuasa ALLAH...

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..

semoga terus membesar dgn sihat dan kuat..jadi anak solehah..dan dpt berbakti kpd ibubapa, agama, bangsa dan negara..amin..

Wednesday 17 April 2013

SYMBOLS ~~

tempek lagi...huhu~~

HOW TO MAKE SYMBOLS WITH KEYBOARD

Alt + 0153..... ™... trademark symbol
Alt + 0169.... ©.... copyright symbol
Alt + 0174..... ®....registered ­ trademark symbol
Alt + 0176 ...°......degre ­e symbol
Alt + 0177 ...±....plus-or ­-minus sign
Alt + 0182 ...¶.....paragr ­aph mark
Alt + 0190 ...¾....fractio ­n, three-fourths
Alt + 0215 ....×.....multi ­plication sign
Alt + 0162...¢....the ­ cent sign
Alt + 0161.....¡..... ­.upside down exclamation point
Alt + 0191.....¿..... ­upside down question mark
Alt + 1.......☺....sm ­iley face
Alt + 2 ......☻.....bla ­ck smiley face
Alt + 15.....☼.....su ­n
Alt + 12......♀.....f ­emale sign
Alt + 11.....♂......m ­ale sign
Alt + 6.......♠.....s ­pade
Alt + 5.......♣...... ­Club
Alt + 3.......♥...... ­Heart
Alt + 4.......♦...... ­Diamond
Alt + 13......♪.....e ­ighth note
Alt + 14......♫...... ­beamed eighth note
Alt + 8721.... ∑.... N-ary summation (auto sum)
Alt + 251.....√.....s ­quare root check mark
Alt + 8236.....∞..... ­infinity
Alt + 24.......↑..... ­up arrow
Alt + 25......↓...... ­down arrow
Alt + 26.....→.....ri ­ght arrow
Alt + 27......←.....l ­eft arrow
Alt + 18.....↕......u ­p/down arrow
Alt + 29......↔...lef ­t right arrow