CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 13 October 2011

kisah yang tertangguh -PART 3

Assalamualaikum...(emm..ade org jawab ke x ni..hehe)

wah  nampaknya 3 hari berturut2 mama menghapdet blog ni..wahh mantopp..kekeke~~

so hari ni nak bercerita kisah ke 3..kisah raya..kisah lepas raya..yang penting RAYA..(mende pulak aku merapu nih)..

Alhamdulillah..pada 16 Sept 2011, Hari Malaysia, kami telah selamat melangsungkan satu majlis makan2 di rumah baru kami di Balai Besar..kira majlis 3 in 1 la ni..
  1. Open House Raya
  2. House Warming...dah lama tertangguh
  3. 1st Birtday Naurah Nabilah....comey2
semuanya berjalan lancar walaupun hampir seminggu mama x bape lena tido..maklumla semuanya masak sendiri..saje nak mencabar diri sendiri sebenarnye. 1 week before the event mama dh decide nak buat laksa penang + laksa lemak terengganu + nasi impit + kuah kacang..(semua ni mama x penah masak sebelum ni..x pernah seumur hidup..huhu) since nak buat hari Jumaat, so barang2 dah beli awal2 masa weekend. tinggal sikit2 je beli last minutes. 
Disebabkan semuanya nak dimasak sendiri dan masak sorang2 je,maka preparation tu berlangsung sepanjang minggu. hari sabtu tu dah siap goreng kacang tanah..then malam selasa tumbuk..(since mak kate my blender x elok utk blend kacang) dan start petang khamis gi beli santan, rebus ikan utk laksa (papa n her niece tolong asingkan isi ikan dgn tulang) dan terus prepare utk masak kuah kacang..wuwuwuwww..x sangka masak kuah kacang sendiri..hahahaha~~ by maghrib kuah kacang dah siap..then start rebus ketupat..sambil2 prepare nak buat kuah laksa penang, sempat masak agar2 merah + laici..then masak kuah laksa penang guna periuk paling besar...wah tak sangka jugak aku masak banyak macam ni....abes sume periuk yg x penah guna tu keluar mlm ni..huhu~~

esoknye, iaitu hari kejadian..prepare utk buat puding roti pulak..siap puding roti baru masak kuah laksa putih (laksa lemak) tapi santan pulak mcm x bape cukup walaupun ikan sangat banyak..xpe la buat mane ade je..kira siap la masak semua..plus sikit2 dgn buah oren, kek marble, buah tembikai n kuih raya..kira ok la tu kan..
tak sangka pulak hari yang sama ade 3 open house kat lorong taman kitorang tu..so sempat la pegi rumah jiran dulu sebelum majlis kat rumah kami pulak..lepas smyg jumaat..~
susun2 bagi cantik..

Tak sangka pulak ramai sedara mara yang datang hari tu..(lupa hari tu negeri lain pun cuti gak..) my big bro, abg Shukri datang sekeluarga bawak mak sekali, Acher pun datang sekeluarga dari Kemaman. belah papa pulak sekeluarga dari Rompin dan bawak my FIL and MIL sekali..sekeluarga lagi dari Sg Lembing..fuhh dah penuh rumah..(series x sangka ramai ni famili dtg)..tapi diorg sampai masa makanan semua dah siap masak..tak dpt la tolong I yg masak sorang2 ni..huhu~

Alhamdulillah, start je lepas sembahyang Jumaat sampai la hampir pukul 7 mlm tetamu x putus2 datang..jiran2..kawan2 ofis papa..kawan2 ofis mama..antaranya Dila, Ct Salwaniee, Kak Mala, Kak Ila n Izwadi, Kak Ruby, Kak Nazira, En Efendy Suria (x sangka jugak dia datang),kak Suriati, Kak Zarina..selain tu cikgu2 taska Naurah..kawan2 papa..dan ramai lagi bersama famili n kawan2 masing2..

family~

Dila n suami~

makanan dan pemakan2..~

family in laws~

jiran2 + kawan2 + sedara mara

k.zarina n housemetnye

mak+k.ros n anak2+cikgu lina

Naurah yang kurang sihat~
ciannye anak mama..demam pun baik je..

Hari tu jugak merupakan celebration utk 1st birthday Naurah Nabilah..walaupun dah lewat 2 hari..x pe la kan..tapi yang kurang bestnye pagi tu Naurah demam n selsema..padahal hari khamis tu kemain ceria dia..cakap kemain byk..bila dah x sihat tu merengek je dia..x berapa nak dgn orang lain..tp still behave..Naurah kan good girl..~~ birthday cake Naurah sangat la cantik yang disediakan oleh auntie Farazila..cantik sangat sampai sayang nak potong..hehe..~~
bday cake..

setelah dicuit oleh tgn2 yg geram..

potong kek

nangis pulak..
gitu la kisahnya hari yang penuh bermakna tu. memang penat tapi seronok sgt ajak org makan2 ni sebenarnya..mama teruja sangat sampai tak sempat makan apa2 pun hari tu. huhu..~ tapi overall puas hati la sebab masak sendiri kan..memang byk shortcomings..(MIL byk gak komplen..especially kacang kasar sgt) tapi takpe la kan..FIRST TIMER..standard la tu..ada keberanian nak masak tu pun dah cukup bagus..(ceh sedapkan hati sendiri..haha..)

so till next time..harap2 pasni rajin la menghapdet blog mama ni..


nota mamaeeda: malam tadi 1st time main bowling..tu pun papa paksa..main dgn kawan2 ofis papa..hahaha seronok sbnrnye main boling..score pon xde la teruk sgt..walaupun byk jugak ke longkang..hehe..so leh la main lagi next time..

Wednesday 12 October 2011

kisah yang tertangguh -PART 2

Assalamualaikum..

Alhamdulillah jumpa lagi...hehe.. :-)

semalam dah bercerita pasal raya..hari ni nak bercerita kisah lepas raya pulak..

14 Sept 2011- genap setahun umur puteri kesayangan kami, Naurah Nabilah bt Mohd Zamil Ashraf.
ketika berusia kurang 2 jam~
2 days before her first birthday
syukur tak terhingga pada Allah kerana mengurniakan kami anak yang comel ni. penghibur hati kami dgn keletahnya yg macam2..Naurah kini makin bijak,saaaaaaaaaangat banyak cakap..talkative sungguh (ikut sape tah..hehe), kuat memanjat, rajin sepah2kan barang,rajin ikut mama ke dapur..kuat makan..makin comel dan dah ada 2 batang gigi..hehe (start tumbuh gigi masa 11 bulan lebih)..
on her birthday mama bawak Naurah ke KD sura utk cucuk 1y..tergelak misi tu tgk berat Naurah juz 6.3kg je (increasing consistently 100g/2months since 6m ago)..tapi active kemain dia kat klinik..dah la bising dgn suara dia je..hehe..
Syukur tak terhingga jugak mama panjatkan pada Ilahi kerana melimpahkan rezeki Naurah dgn susu yg segar dari badan mama..dah setahun mama menyusukan Naurah..syukur x terhingga..doa mama..

"moga Naurah terus membesar dgn bijak,sihat dan kuat..menjadi insan mulia..anak yg solehah..pembela keluarga,agama,bangsa dan negara..~~amin..."


selepas setahun..~~dah masuk dlm drawer..kekeke~


xde celebration on that day..but we already had one, 2 days before at her school..and another celebration at home 2 days after that..on friday~



Naurah @school bersama cikgu-cikgunya..~

Tuesday 11 October 2011

kisah yang tertangguh -PART 1

last post was on 11 August 2011..and today is 11 October 2011...huhu..dah 2 bulan tak menulis..~~

2 bulan..macam2 dah berlaku..rasa nak share macam2 tapi kalau niat je ade tanpa tindakan x jadi jugak kan..hehe~~ takpe la..kita share sikit2 je..supaya tak hilang diingatan..

Alhamdulillah Syawal tahun kami sekeluarga beraya di rumah DH di Kampung Acheh,Pekan, Pahang. Syawal kali ni jugak merupakan raya pertama bersama anak kesayangan, Naurah Nabilah..~
2 hari sblm raya dah balik sana. sempat jugak berbuka puasa bersama adik beradik di Bukit Kuantan dulu sblm balik sana. first time x beraya di kampung halaman sendiri. bangun pagi raya tanpa 'bau raya'..(bau nasi minyak mak sbnrnye..) takde breakfast nasi minyak di pagi raya. cuma nasi impit, lakse gebuk dan nasik dagang..(tu pun rasa sikit2 je)..1st time jugak dengar my DH jadi khatib utk khutbah raya di masjid kg acheh..kemain lantang suara die smpai ke rumah leh dengar..huhu..
but not bad jugak la raya kat sana..smpai ke petang beraya..malam terus pengsan..haha penat..~~kumpul tenaga utk kenduri esok pulak..
susah betul nak bergambar bertiga dgn 'cantik'


mama n naurah

beraya sakan di Kg Acheh


Raya ke-2 pulak ada majlis kenduri dan mesyuarat tahunan keluarga bani hassan kat rumah. so bergotong royong la kami semua menjayakan majlis tu. dah ralit2 buat kerja tu smpai mandi pun lambat..dan akibatnyeeee...selsema pulak dtg tanpa diundang..letih rasanya bersin tanpa henti...sungguh letih hari itu...

bersama MIL and SIL

tekun menyiang sayur..
tgk anak2 dara buat salad
Usai majlis..petang tu jugak balik ke Bukit Kuantan. sampai dah maghrib. sib baik dapat jugak rasa saki baki nasi ayam kat rumah mak. badan amat la letih n x larat since asik bersin x henti2..ikutkan hati mmg x larat nak balik kampung esok..tp sbb dah janji..balik la jugak ke Kampung Kesom, Manir pd raya ke 3..sempat singgah di rumah Abg Ya di Seberang Tayor dan di rumah Pakcik Lah di Jerangau..
Bergambar dulu sebelum bertolak

sedondon~


sangat comel~

Naurah dan moyangnya..~
setakat ni dulu kisah raya..pasni kita sambung kisah lain pulak..
till next time k..

nota mamaeeda: dah hampir seminggu x dapat bercakap dgn baik sbb ade ulser kat lidah yg sangat sakittttt..bila bcakap kena gigi..tu yg sakit..terpaksa cancel klas ahad lepas,..huhu~~