CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 19 June 2012

Bermula dgn Niat..~

Bismillah...

emm..final exam tinggal 5 hari je lagi..maka bertungkus lumuslah mama dan kawan2 study advance engineering math dgn gigihnya...hari2 ngadap buku math kat ofis..malam x larat dah..tgk masterchef selebriti je yg larat..hehe..~

Hari ni pun sambung lagi stadi math..walaupun x segigih sblm ni...rasa mcm dah tak larat pun ada..tapi banyak lagi yg x faham n x konfiden nak buat..huhu..x tau la mcm mane exam nanti...~~ALLAH..tolonglah hambaMu ini..~~

Lepas lunch tadi mama ngadap laptop jap..berblogwalking...tetiba datang idea nak cari cara buat baju kurung sendiri utk anak dara mama tu..macam senang kan sebab kecik je..so ape lagi..pakcik google pun bagi la bantuan..akhirnya jumpa la beberapa blog/web yg best..



tapi mama simpan dulu..x baca beriya lagi..tunggu tenang2 dulu lepas final exam ni..mana la tau niat yg suci ni jadi kenyataan kan..kekekeke~yang penting ada niat..dapat dah pahala kan..hehe~~

Sunday 17 June 2012

111 days to go~



Quoted from Baby Center:

Your fetus weighs more than 1.3 pounds / 600 grams. Though she still has little body fat and her skin is thin and fragile, she's now well-proportioned. Her brain is growing rapidly, and she is starting to fill the space in your uterus. From crown to heel she could measure 11.8 inches / 30 centimetres. If you went into labour at this time, however, many obstetricians and doctors would make every effort to halt the progress of premature labour to enable your baby to continue maturing.  

You may be noticing faint, red or brown streaks known as striae or stretch marks on your abdomen, hips and breasts. While creams won't erase them, wearing a supportive bra may help prevent or minimise them on your breasts. They are very common at this stage of the pregnancy - about 90 per cent of women get them. After you've given birth, the reddish or brown pigmentation in the stretch marks gradually fades, and the streaks become lighter than the surrounding skin.



Also, your eyes may be light-sensitive and may feel gritty and dry. This is a perfectly normal pregnancy symptom known as "dry-eye". To ease your discomfort, use an "artificial tears" solution to add moisture.


Alhamdulillah..kandungan mama dah masuk 6 bulan..adik yang kat dalam ni pun makin aktif dan makin meriah dalam perut mama..huhu~ Harap2 semuanya berjalan lancar hingga bersalin nanti..

Adik duk baik2 dlm perut mama...jgn songsang mcm kakak ye..hehe~

Thursday 14 June 2012

Kisah Cuti~

Bismillah...

akhirnya..setelah sekian lama mama x menulis di sini..huhu~~

Hari ni dah last day keje utk minggu ni..sebelum tu mama cuti seminggu..seronok juga bercuti xyah fikir nak dtg keje..tapi yang x best nye final exam just around the corner..T_T takutnyeeeee..byk x study lagi..

Hari Khamis sebelum bercuti tu mama bergotong-royong di ofis sempena nak audit 5S..hari tu jugak my SIL kak Ani datang rumah kami..just inform nk dtg pagi tu..kitorg dah mmg plan nak ke Melaka..so plan nak bertolak petang tu..last2 tinggal jela diorang bermalam kat rumah n kitorang balik ke Kuantan malam tu..esoknya dlm 6.45 pagi bertolak ke Melaka..sampai je Melaka papa pulak demam..so hari tu just aktiviti makan n tido jela..huhu..~cantik jugak umah my sis yg baru sambung dapur..mesti best nak masak sbb dapur luas..bile la mama lak dapat camtu..

Esoknya..papa dah ok sikit..pagi2 lagi kitorang keluar..smpai siap kena tunggu pintu Jusco AEON tu bukak..hahahaha..lawak je..bukan shopping sangat..just jalan2..papa sempat jugak dapat seluar keje 2 helai..n seluar jeans Naurah sehelai..tu je..utk mama xde..

masuk je AEON terus jumpa playground..sakan la anak dara ni main..mama  pun layan je..~

cakkk~

berlari sana sini..minum susu pun sambil berlari..~

posing minum susu ke ape ni?hehe~

tengahari pulak lepas abg Aim balik keje, kitorang gerak ke zoo..pehhhh x larat rase nak jalan...Naurah n Irfan enjoy je..si Isyraf pulak takut tgk binatang2..kelakar btul..padahal dia yang beriya nak ke zoo tgk kuda belang..kekekeke~**gambar byk,tp dlm camera..x transfer lagi..nnt2 la ye**

Lepas ke zoo terus ke Masjid kat MITC lepak2 n solat..then gerak pulak ke pantai Klebang..papa beli layang2 yg dah lama dia idam2kan..haha..tp last2 melayang sbb tali x ikat kat hujung..so mama pun beli la yang baru..sampai senja di pantai Klebang..macam2 ada kat sana..horse riding, kereta kuda..layang2..n ada jugak budak lemas hari tu..

Lepas ke Klebang gi makan2 pulak..tapi disebabkan panas sgt seharian n keletihan..jadi tak selera sgt nak makan..just rasa nak minum air je byk2..dah la tempat makan tu pun xde kipas..badan pun dah penat..mmg all out hari tu..kul 11 mlm baru sampai rumah..

Esoknya dah kena balik semula ke Kuantan since mak kelam kabut nak sain agreement yg saham felda tu..mama layan jela..lepas hantar mak terus bertolak ke Kg Acheh pulak..x ramai sgt yang ada kat sana since weekday kan..kalo weekend tu mesti ramai time cuti2 sek camni..2 hari kat kampung, pagi Selasa tu bertolak balik semula ke Dungun. Sempat singgah rumah mak jap utk hantar mak ke Klinik since mak batuk n lelah dari sblm gi Melaka lagi..harap2 mak cepat sembuh..

Rabu dan Khamis tu sebenarnya mama plan nak study bagai nak rak..siap hantar Naurah ke taska..tapi xde la rak mane pun..hehe..Rabu tu ade la study sikit..Khamis langsung x study..mama rehat je sepuasnya...lalalalala~papa pulak x berapa sihat..lelah je..so Jumaat pun kami rest je kat rumah..

Hari Sabtu pulak family SIL mama, Kak Yati datang..mama kemain masak dari pagi..sikit2 supaya x penat sangat..ok la kan..sekali masak je utk 2x makan..jimat tenaga..kekekeke~ Naurah seronok main dgn sepupu2 dia..sampai taknak tido..huhu..ntah kenapa malam tu Naurah mengamuk x tau puncanya..(dah la papa x sihat lagi..) time nak tido tu dia meraung2, tendang2, guling2..dah habis cara dah papa n mama buat..dah baca mcm2 ayat, dh azan, basuh muka dia, mandi, tukar baju..still ngamuk..dekat sejam setengah jugak camtu..last2 dia penat..papa bg tengok video dlm hp..last2 dia start minum susu n tido...leganyaaaaa..tapi tgh mlm ngamuk lagi sekali..sib baik x teruk sgt...fuhhhhh!

So berakhir la cuti mama selama 9 hari..keje la macam biasa..huhu..hari ni dah 14hb..maknanya tinggal 10 hari je lagi masa utk study sblm final exam Advanced Engineering Math..banyaakkk lagi x study ni..minggu ni pulak ada test PE..langsung x study lagi...huhu ape la nak jadi..berdebar rase..~

notamamaeeda: Naurah dah ada gigi geraham rupanya kat atas kiri n kanan..mama x perasan pun bila tumbuh..hehe~

Tuesday 5 June 2012

BAHAYA AIR MASAK KPD BAYI BAWAH 6 BLN..~

Bismillah..


Setelah sekian lama mama x menghapdet blog ni..akhirnya mlm ni mama nk post sket info yg dikopipes dr pesbuk..just utk rujukan dimasa hadapan..walaupun dah tau, tapi kalau dh ada rujukan lagi senang kalau ade yg bertanya kan..so ni la info nye..


BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya